Monday, 29 September 2014

PROGRAM MORNING STUDY SMK KOTA BHARU

Program Morning Study merupakan program sekolah dan PSS untuk menjana pembudayaan  pembacaan di kalangan pelajar.Pembacaan dilaksanakan seawal 6.45 pagi di pelbagai sudut sekolah seperti Zon 1, Kantin sekolah, Dewan Jati, laman dan taman serta pondok-pondok ilmu di SMK Kota Kota Bharu.Program ini dilaksanakan bermula 2011 hingga kini.Program ini amat berkesan dalam membudayakan  pembacaan di kalangan pelajar.







Tuesday, 23 September 2014

MAJLIS PEMBUGARAN NILAM, PELANTIKAN PENGAWAS PSS DAN PELANCARAN FROG VLE SMK KOTA BHARU 2014

Majlis Anugerah Tokoh Nilam telah diadakan dengan penuh meriah bagi meraikan pencapaian pelajar dalam aktiviti Nilam sekolah.Program ini dilaksanakan bersama dengan pengaplikasian Chrome Books  peringkat sekolah.

Majlis ini dirasmikan oleh KPP BTPN Kelantan iaitu Tn. Hj. Nasir bin Mohd Noor.Majlis inidiserikan dengan pelbagai aktiviti daripada pelajar yang menggambarkan pembudayaan nilam dalam pelbagai aspek pembelajaran.Acara kemuncak ialah penganugerahan sijil untuk pembaca terbanyak yang meliputi pelajar,staf sokongan dan guru SMK Kota Bharu


Sunday, 21 September 2014

SEJARAH PSS SMK KOTA BHARU

PSS SMK KOTA BHARU bermula bersama penubuhan SMK Kota Bharu yang berasingan dengan sekolah yang lama pada tahun 1965.PSS SMK Kota Bharu beroperasi di tingkat 1 bangunan c pada tahun tersebut.Pemindahan ke bangunan sekarang bermula pada 2004

Pemindahan dari bangunan lama ke bangunan baru hingga kini telah merubah PSS lama kepada PSS yang menjadi kunjungan guru dan pelajar.Kini PSS berada di blok yang sepadu dengan bilik APD,BBM,Bilik tutorial,Makmal komputer, makmal Chrome Books dan bilik BOSS .



                                                 












                                             kelompok PKG Banggol